ETIKA
DAN NILAI-NILAI MURNI MALAYSIA
Etika
yang menjadi norma kepada masyarakat Malaysia yang dinamakan etika nilai-nilai
murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum,
memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihat pada bahasa, agama,
kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut. Nilai-nilai
murni merujuk kepada ciri-ciri yang baik
pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran,
kesopanan dan kesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan
beretika, bersusila, berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas
nilai yang diterap melalui pendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua
pelajar di sekolah-sekolah merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan.
Enam
belas nilai murni itu ialah:
i)
baik hati,
ii)
berdikari,
iii)
hemah tinggi,
iv)
hormat-menghormati,
v)
kasih sayang,
vi)
keadilan,
vii)
kebebasan,
viii)
keberanian,
ix)
kebersihan fizikal dan mental,
x)
kejujuran,
xi)
kerajinan,
xii)
kerjasama,
xiii)
kesederhanaan,
xiv)
kesyukuran,
xv)
rasional
xvi)
semangat masyarakat.
Masyarakat
Malaysia merupakan masyarakat yang unik disebabkan perbezaan etnik dan kaum
yang amat jelas dalam segala aspek kehidupan. Faktor-faktor etnik, keturunan,
budaya dan agama begitu kuat mempengaruhi pcrkembangan nilai yang mencorakkan
keadaan, hubungan, pencapaian, integrasi, polarisasi dan sensitiviti masyarakat
tersebut. Nilai-nilai murni yang diutamakan sebagai asas membina masyarakat
Malaysia ialah kerjasama, toleransi, perpaduan, hormat-menghormati, keadilan
sosial, kesaksamaan dan kesetiaan kepada negara.
Nilai-Nilai Cemerlang Dalam Program
Pembudayaan Kakitangan Awam
Usaha
untuk membudayakan kakitangan awam dengan nilai-nilai cemerlang telah
dilaksanakan. Bagi memupuk nilai-nilai cemerlang, beberapa dasar dan garis
panduan telah diperkenalkan iaitu:-
i)
Etika Perkhidmatan Awam
ii)
Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah
iii)
Dasar Pandang Ke Timur
iv)
Kempen Kepimpinan Melalui Teladan
v)
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.
vi)
Budaya Kerja Cemerlang
Tonggak Dua Belas
Tonggak
Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam
kehidupan manusia. Ia didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang
penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan
mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.
Senarai
Nilai Tonggak Dua Belas ialah:-
i)
Menghargai Masa
ii)
Ketekunan Membawa Kejayaan
iii)
Keseronokan Bekerja
iv)
Kemuliaan Kesederhanaan
v)
Ketinggian Peribadi
vi)
Kekuatan Sifat Baik Hati
vii)
Pengaruh Teladan
viii)
Kewajipan Menjalankan Tugas
ix)
Kebijaksanaan Berhemat
x)
Keutamaan Kesabaran
xi)
Peningkatan Bakat
xii)
Nikmat Mencipta
ETIKA
PENGURUSAN
Kemahiran
pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengurus-pengurus
yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka
mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada
organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap pengurus perlu membimbing para
pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan berazam untuk
meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab,
berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan,
bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran
agama.
Penerapan
Nilai Budaya Kerja Cemerlang
1.
Amanah
2.
Bersih
3.
Berdedikasi
4.
Berdisiplin
5.
Bertanggungjawab
6.
Bersopan-santun
7.
Pemesyuaratan
8.
Adil
9.
Berintegrasi
10.
Berilmu
11.
Akauntabiliti
12.
Produktiviti
ETIKA NEGATIF DALAM PENGURUSAN
·
Jenayah Kolar Putih
Jenayah
ini merupakan perbuatan yang melanggar etika pengurusan. Golongan yang
melakukan jenayah ini tidak mengendalikan tugas secara jujur dan tidak mematuhi
undang-undang. Jenayah ini melibatkan golongan berjawatan tinggi dalam sesebuah
organisasi, ahli-ahli profesional dan berpendidikan tinggi.
·
Rasuah
Rasuah
melibatkan dua pihak iaitu pihak memberi dan pihak menerima suapan sebagai
dorongan atau galakan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan.
Wang yang dikenali sebagai kickbacks merupakan alat penting dalam amalan
rasuah. Ada juga rasuah dalam bentuk hadiah berharga, keraian, hamper, lawatan
dan sebagainya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah
Rasuah (BPR) untuk menangani gejala tersebut.
ORGANISASI
DAN PEKERJA
Gabungan yang mantap dan sempurna di
antara pengurusan dan pekerja merupakan faktor yang penting ke arah
kesejahteraan organisasi. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, peranan dan
tanggungjawab kedua-dua pihak itu perlu dikenal pasti dengan jelas agar tidak
timbul sebarang perselisihan. Etika yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan
terhadap para pekerjanya dapat di lihat dari aspek-aspek berikut:
·
Menilai dan memperbaiki perkhidmatan
pekerja
·
Menghindarkan pengamalan pilih kasih
·
Memberikan perhatian kepada keperluan
·
Memastikan perdapatan yang berpatutan
·
Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran
dan kemampuan
·
Mementingkan perhubungan dan komunikasi
dua hala
ETIKA
ORGANISASI TERHADAP PEKERJA
Kita
perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjamin
kebajikan dan keselamatan para pekerjanya. Ini adalah kerana sebarang perasaan
terancam, tertekan, tergugat dan segala macam penindasan akan merendahkan moral
para pekerja dan semestinya membawa kesan negatif kepada produktiviti.Untuk
kepentingan kedua-dua pihak sesebuah organisasi perlu mengambil berat tentang
kebajikan dan keselamatan para pekerjanya.
ETIKA
PEKERJA TERHADAP ORGANISASI
Para
pekerja mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap organisasi. Aspek ini
penting untuk memastikan organisasi berjaya mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh para pekerja adalah
seperti berikut:
·
Memberikan komitmen yang jitu
·
Mempunyai keyakinan terhadap kemampuan
organisasi
·
Bertimbang rasa dan tidak terlalu
mengharapkan ganjaran
AMALAN
ETIKA PERNIAGAAN
Etika
Perniagaan perlu ditegaskan bagi membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan
daripada berlakunya kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Oleh sebab itu,
etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam
keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.
Secara umunnya, tujuan etika perniagaan ialah ialah:
a)
Memelihara hubungan
b)
Mengawal tingkahlaku
c)
Mengelak campur tangan luaran
EKONOMI
ISLAM
Aktviti ekonomi islam merangkumi
aspek kenegaraan,perdagangan dan kemasyarakatan. Terdapat 6 prinsip dalam
ekonomi islam iaitu:-
i)
Allah s.w.t pemilik sebenar. Semua
makhluk adalah ciptaan Allah.
ii)
Allah s.w.t memberi hak kepada manusia
untuk memiliki kekayaan tetapi kebebasan manusia menggunakan dari milik-Nya
adalah terbatas.
iii)
Kekayaan alam hendaklah dinikmati
bersama.
iv)
Penghapusan riba adalah satu prinsip
penting dalam system kewangan islam
v)
Nilai akhlak utama islam ialah akhlak
islamiah
vi)
Sumber-sumber kekayaan adalah atas
kehendak Allah.
ETIKA
PERNIAGAAN
Etika
Perniagaan ialah melaksanakan urus niaga kita dengan mengelakkan atau
menghalang daripada melakukan amalan yang salah dan kegiatan yang tidak
beretika. Etika ialah syarat utama untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan
adalah nadi pergerakan ekonomi dalam sesebuah Negara, perniagaan mempunyai
kedudukan dan fungsi yang tersendiri. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat
diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang
akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.
Kod
Etika Perniagaan
Setiap
perniagaan mempunyai kod etikanya tersendiri yang mesti dijaga. Kod etika yang
hendak dilaksanakan perlu ditentukan dan dipraktikkan. Pembentukan kod etika
perniagaan akan ditentukan melalui perbincangan bersama daripada peringkat
tertinggi hingga ke peringkat rendah dalam syarikat tersebut. Kod ini tidak
boleh dilanggar kerana ia merupakan nadi kejayaannya. Terdapat 4 kod etika yang
dibincangkan iaitu:
1)
Perniagaan mesti mengiktirafkan pengguna
2)
Perniagaan mesti jujur
3)
Perniagaan mesti adil
4)
Perniagaan mesti bersaing secara sihat
ETIKA
PERNIAGAAN ISLAM
Masalah
etika telah melanda masyarakat hampir di sepanjang zaman dalam hampir setiap
aspek hidup, termasuklah urusan perniagaan. Apa yang sering berlaku di kalangan
peniaga ialah sungutan bahawa mereka terpaksa memberi sogokan kepada
orang-orang tertentu jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek. Sungutan
atau memberi rasuah juga sering didengar oleh kita bahawa sesuatu projek yang
dilaksanakan itu tidak siap mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak
memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki dan lain-lain lagi. Di
samping itu, para pelanggan juga sering kena tipu apabila membeli sesuatu
barangan, seperti buah durian, cempedak, tembikai, dan lain-lain. Kerapkali
kita dapati barang itu tidak sebaik yang kita inginkan, walaupun semasa kita
membeli, kita diberi berbagai jaminan yang sangat meyakinkan. Perkara-perkara
seperti ini berlaku dengan berleluasa, ia dilakukan dengan cara yang teliti dan
berperancangan sehingga sukar dikesan atau dibawa ke mahkamah. Justeru itu,
walaupun hukuman berat boleh dijatuhkan, tetapi penjenayah kolar putih masih
berlaku dengan berleluasa. Dalam keadaan seperti ini, Islam menentukan supaya
setiap orang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan haruslah mengetahui apa
yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka menceburkan diri
dalam hal itu.
ETIKA
ALAM SEKITAR
Etika
alam sekitar ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan
tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia ke
atas alam sekitar. Dengan berdasarkan ini, sesuatu tindakan manusia ke atas
alam sekitar boleh dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu
sistem nilai tentang alam sekitar yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh
diaplikasikan sebagai kod etika atau garis panduan moral kepada setiap anggota
masyarakat, malah dapat berkembang menjadi perundangan dan polisi yang
berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi.
Alam
sekitar merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam
sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan
kudus. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna
dan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan
mempergunakan disiplin-disiplin zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia,
geologi, hidraulik dan sebagainya. Setelah mengetahui manfaat alam sekitar
kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia untuk memahami konsep Islam
terhadap terhadap alam sekitar.
Manakala
Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan dan
tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi
ini buat kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman,
iaitu Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada
bahasa greek, ‘oikos’ yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Ekologi
adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya.
Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur
dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.
Prinsip-Prinsip
Etika Alam Sekitar Masa Kini
Pertikaian
tentang prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar masih berlarutan di kalangan para
pengkaji Etika Alam Sekitar. Di antara pertikaian tersebut ialah yang berhubung
dengan kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tersebut. Adakah
kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar itu menjurus kepada pandangan
antroposentrik, biosentrik, ekosentrik atau teknosentrik? Persoalan ini terus
menjadi topik perbahasan di kalangan para pengkaji.
a) Pandangan
antroposentrik
Antroposentrik
membawa maksud faktor kemanusiaan adalah matlamat terakhir kepada keseluruhan
yang berlaku di alam ini. Menurut pandangan antroposentrik, pengutamaan
kepentingan manusia dalam etika alam sekitar secara tidak langsung memenuhi
kepentingan komponen-komponen alam sekitar yang lain. Ini sejajar dengan krisis
alam sekitar yang berlaku zaman ini adalah akibat aktiviti kemanusiaan. Oleh
itu, golongan antroposentrik berpendapat adalah wajar faktor kemanusiaan
dijadikan fokus di dalam pembentukan sistem nilai yang berkait dengan Etika
Alam Sekitar. Menurut mereka lagi, tanpa meletakkan faktor kemanusiaan sebagai
fokus, sesuatu sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar tidak
mungkin dapat diaplikasikan dalam realiti kehidupan manusia khususnya pada masa
kini.
b)
Pandangan biosentrik
Pandangan
biosentrik memperluaskan ruang lingkup kepentingan meliputi keseluruhan
kehidupan yang terdiri daripada manusia, bumi, tujuan kehidupan dan taraf
kedudukan makhluk yang sama. Oleh yang demikian, golongan biosentrik menyatakan
setiap kehidupan mempunyai hak asasi masing-masing bagi survival mereka. Oleh
sebab itu, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mencerobohi hak
asasi kehidupan yang lain semata-mata bagi memenuhi kesenangan mereka.
c)
Pandangan ekosentrik
Golongan
ekosentrik meletakkan keseimbangan ekosistem sebagai matlamat kepada
aktiviti-aktiviti kehidupan. Prinsip-prinsip ekosentrik menggambarkan manusia
adalah sebahagian daripada ekosistem global yang tertakluk kepada hukum
ekosistem semulajadi. Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi ini
mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya. Oleh sebab itu, kepentingan
bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem adalah lebih perlu diutamakan daripada
sekadar memenuhi hak-hak seluruh kehidupan sebagaimana pandangan biosentrik.
Terdapat persamaan antara pandangan ekosentrik dan biosentrik daripada aspek
nilai fitrah yang wujud dalam alam sekitar semula jadi atau nilai intrinsik.
d)
Pandangan teknosentrik
Pandangan
teknosentrik memberi penekanan kepada potensi manusia melalui sains dan
teknologi bagi terus membangun tanpa menjejaskan alam sekitar. Para pendokong
teknosentrik dapat dianggap sebagai golongan optimis yang berkeyakinan masalah
alam sekitar ini dapat diatasi melalui pengurusan dan pengawalan alam sekitar
yang teratur. Penghasilan dan penggunaan teknologi yang cekap lagi sesuai
dikatakan dapat mengharmonikan alam sekitar dan pembangunan.
Pendekatan
bagi merealisasikan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:
Penerapan
prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar
kerana ia memerlukan interaksi manusia dengan alam sekitar, memberi dorongan
kepada manusia bagi memulihara alam sekitar, menyediakan garis panduan
alternatif bagi aktiviti kehidupan manusia dan menyelesaikan sebarang konflik
yang timbul berkait dengan sistem nilai Etika Alam Sekitar. Prinsip-prinsip
Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat direalisasikan sekiranya diterapkan
kepada seseorang atau sesebuah masyarakat yang tidak mempercayai kebenaran dan
kebaikannya. Justeru beberapa pendekatan diperlukan dalam mengarapkan
pengaplikasian prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:
·
Kesatuan
Kesatuan
bermaksud menyatukan kepercayaan dan kefahaman yang berkait dengan alam sekitar
dalam kehidupan manusia. Penyatuan ini akan membawa kepada keharmonian antara
aktiviti kemanusiaan dengan alam sekitar.
·
Kemanusiaan
Kemanusiaan
pula mengajak manusia supaya berkongsi hidup dengan semua kehidupan masa kini
dan masa hadapan khususnya di dalam penggunaan sumber-sumber keperluan hidup
secara adil.
·
Keazaman
Keazaman
untuk membanteras pencemaran dan menjamin kualiti alam sekitar agar sentiasa
terpelihara.
·
Pertimbangan
Pertimbangan
pula adalah merujuk kepada pilihan yang paling tepat dengan kepentingan alam
sekitar di dalam memilih dua matlamat yang mempunyai nilai yang bertentangan.
cabaran dalam perkhidmatan awam boleh tak senaraikan?
ReplyDeleteWynnBET Connecticut casino sign up offer, no deposit bonus
ReplyDeleteThe 공주 출장안마 WynnBET Connecticut casino 김포 출장마사지 sign 강원도 출장안마 up offer in Connecticut, is a five-minute drive from Foxwoods 익산 출장마사지 Resort Casino and 춘천 출장안마 Casino,