Thursday, March 29, 2012

ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI MALAYSIA


ETIKA DAN NILAI-NILAI MURNI MALAYSIA
Etika yang menjadi norma kepada masyarakat Malaysia yang dinamakan etika nilai-nilai murni Malaysia. Malaysia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, memiliki ciri-ciri sosialnya tersendiri. Ini dapat dilihat pada bahasa, agama, kepercayaan dan cara hidup iaitu warisan setiap kaum tersebut. Nilai-nilai murni merujuk kepada ciri-ciri yang baik  pada diri seseorang seperti sifat kasih-sayang, baik hati, kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan. Orang yang menghayati nilai-nilai ini dikatakan beretika, bersusila, berakhlak, bermoral atau berperibadi mulia. Enam belas nilai yang diterap melalui pendidikan moral yang diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah merangkumi unsur-unsur kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.
Enam belas nilai murni itu ialah:
i)                    baik hati,
ii)                  berdikari,
iii)                hemah tinggi,
iv)                hormat-menghormati,
v)                  kasih sayang,
vi)                keadilan,
vii)              kebebasan,
viii)            keberanian,
ix)                kebersihan fizikal dan mental,
x)                  kejujuran,
xi)                kerajinan,
xii)              kerjasama,
xiii)            kesederhanaan,
xiv)            kesyukuran,
xv)              rasional
xvi)            semangat masyarakat.

Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang unik disebabkan perbezaan etnik dan kaum yang amat jelas dalam segala aspek kehidupan. Faktor-faktor etnik, keturunan, budaya dan agama begitu kuat mempengaruhi pcrkembangan nilai yang mencorakkan keadaan, hubungan, pencapaian, integrasi, polarisasi dan sensitiviti masyarakat tersebut. Nilai-nilai murni yang diutamakan sebagai asas membina masyarakat Malaysia ialah kerjasama, toleransi, perpaduan, hormat-menghormati, keadilan sosial, kesaksamaan dan kesetiaan kepada negara.

Nilai-Nilai Cemerlang Dalam Program Pembudayaan Kakitangan Awam
Usaha untuk membudayakan kakitangan awam dengan nilai-nilai cemerlang telah dilaksanakan. Bagi memupuk nilai-nilai cemerlang, beberapa dasar dan garis panduan telah diperkenalkan iaitu:-
i)                    Etika Perkhidmatan Awam
ii)                  Dasar Bersih, Cekap, dan Amanah
iii)                Dasar Pandang Ke Timur
iv)                Kempen Kepimpinan Melalui Teladan
v)                  Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam.
vi)                Budaya Kerja Cemerlang

Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Ia didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. Peribadi ini seterusnya akan mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi.
Senarai Nilai Tonggak Dua Belas ialah:-
i)                    Menghargai Masa
ii)                  Ketekunan Membawa Kejayaan
iii)                Keseronokan Bekerja
iv)                Kemuliaan Kesederhanaan
v)                  Ketinggian Peribadi
vi)                Kekuatan Sifat Baik Hati
vii)              Pengaruh Teladan
viii)            Kewajipan Menjalankan Tugas
ix)                Kebijaksanaan Berhemat
x)                  Keutamaan  Kesabaran
xi)                Peningkatan Bakat
xii)              Nikmat Mencipta

ETIKA PENGURUSAN
Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengurus-pengurus yang tidak mempraktikkan nilai-nilai kerja yang cemerlang, walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan, boleh memberikan kesan yang merugikan kepada organisasi masing-masing. Justeru itu, setiap pengurus perlu membimbing para pekerjanya untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dengan berazam untuk meningkatkan mutu kerja mereka secara bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh kemesraan, bekerjasama untuk membanteras kelemahan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
Penerapan Nilai Budaya Kerja Cemerlang
1. Amanah
2. Bersih
3. Berdedikasi
4. Berdisiplin
5. Bertanggungjawab
6. Bersopan-santun
7. Pemesyuaratan
8. Adil
9. Berintegrasi
10. Berilmu
11. Akauntabiliti
12. Produktiviti

 ETIKA NEGATIF DALAM PENGURUSAN
·         Jenayah Kolar Putih
Jenayah ini merupakan perbuatan yang melanggar etika pengurusan. Golongan yang melakukan jenayah ini tidak mengendalikan tugas secara jujur dan tidak mematuhi undang-undang. Jenayah ini melibatkan golongan berjawatan tinggi dalam sesebuah organisasi, ahli-ahli profesional dan berpendidikan tinggi.
·         Rasuah
Rasuah melibatkan dua pihak iaitu pihak memberi dan pihak menerima suapan sebagai dorongan atau galakan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu tindakan. Wang yang dikenali sebagai kickbacks merupakan alat penting dalam amalan rasuah. Ada juga rasuah dalam bentuk hadiah berharga, keraian, hamper, lawatan dan sebagainya. Masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menangani gejala tersebut.

ORGANISASI DAN PEKERJA
            Gabungan yang mantap dan sempurna di antara pengurusan dan pekerja merupakan faktor yang penting ke arah kesejahteraan organisasi. Bagi memastikan matlamat itu tercapai, peranan dan tanggungjawab kedua-dua pihak itu perlu dikenal pasti dengan jelas agar tidak timbul sebarang perselisihan. Etika yang perlu dititikberatkan oleh pengurusan terhadap para pekerjanya dapat di lihat dari aspek-aspek berikut:
·         Menilai dan memperbaiki perkhidmatan pekerja
·         Menghindarkan pengamalan pilih kasih
·         Memberikan perhatian kepada keperluan
·         Memastikan perdapatan yang berpatutan
·         Mengagihkan tugas berdasarkan kepakaran dan kemampuan
·         Mementingkan perhubungan dan komunikasi dua hala

ETIKA ORGANISASI TERHADAP PEKERJA
Kita perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjamin kebajikan dan keselamatan para pekerjanya. Ini adalah kerana sebarang perasaan terancam, tertekan, tergugat dan segala macam penindasan akan merendahkan moral para pekerja dan semestinya membawa kesan negatif kepada produktiviti.Untuk kepentingan kedua-dua pihak sesebuah organisasi perlu mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan para pekerjanya.

ETIKA PEKERJA TERHADAP ORGANISASI
Para pekerja mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap organisasi. Aspek ini penting untuk memastikan organisasi berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh para pekerja adalah seperti berikut:
·         Memberikan komitmen yang jitu
·         Mempunyai keyakinan terhadap kemampuan organisasi
·         Bertimbang rasa dan tidak terlalu mengharapkan ganjaran

AMALAN ETIKA PERNIAGAAN
Etika Perniagaan perlu ditegaskan bagi membasmi dan memelihara pengurusan perniagaan daripada berlakunya kecurangan dan pelanggaran hak masyarakat. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak. Secara umunnya, tujuan etika perniagaan ialah ialah:
a) Memelihara hubungan
b) Mengawal tingkahlaku
c) Mengelak campur tangan luaran

EKONOMI ISLAM
            Aktviti ekonomi islam merangkumi aspek kenegaraan,perdagangan dan kemasyarakatan. Terdapat 6 prinsip dalam ekonomi islam iaitu:-
i)                    Allah s.w.t pemilik sebenar. Semua makhluk adalah ciptaan Allah.
ii)                  Allah s.w.t memberi hak kepada manusia untuk memiliki kekayaan tetapi kebebasan manusia menggunakan dari milik-Nya adalah terbatas.
iii)                Kekayaan alam hendaklah dinikmati bersama.
iv)                Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam system kewangan islam
v)                  Nilai akhlak utama islam ialah akhlak islamiah
vi)                Sumber-sumber kekayaan adalah atas kehendak Allah.

ETIKA PERNIAGAAN
Etika Perniagaan ialah melaksanakan urus niaga kita dengan mengelakkan atau menghalang daripada melakukan amalan yang salah dan kegiatan yang tidak beretika. Etika ialah syarat utama untuk mendapatkan keuntungan. Perniagaan adalah nadi pergerakan ekonomi dalam sesebuah Negara, perniagaan mempunyai kedudukan dan fungsi yang tersendiri. Oleh sebab itu, etika perniagaan sangat diperiukan untuk menjamin semua unsur ini berada dalam keadaan harmoni yang akhimya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak.

Kod Etika Perniagaan
Setiap perniagaan mempunyai kod etikanya tersendiri yang mesti dijaga. Kod etika yang hendak dilaksanakan perlu ditentukan dan dipraktikkan. Pembentukan kod etika perniagaan akan ditentukan melalui perbincangan bersama daripada peringkat tertinggi hingga ke peringkat rendah dalam syarikat tersebut. Kod ini tidak boleh dilanggar kerana ia merupakan nadi kejayaannya. Terdapat 4 kod etika yang dibincangkan iaitu:
1) Perniagaan mesti mengiktirafkan pengguna
2) Perniagaan mesti jujur
3) Perniagaan mesti adil
4) Perniagaan mesti bersaing secara sihat

ETIKA PERNIAGAAN ISLAM
Masalah etika telah melanda masyarakat hampir di sepanjang zaman dalam hampir setiap aspek hidup, termasuklah urusan perniagaan. Apa yang sering berlaku di kalangan peniaga ialah sungutan bahawa mereka terpaksa memberi sogokan kepada orang-orang tertentu jika mereka hendak mendapatkan sesuatu projek. Sungutan atau memberi rasuah juga sering didengar oleh kita bahawa sesuatu projek yang dilaksanakan itu tidak siap mengikut jangka masa yang ditetapkan, tidak memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki dan lain-lain lagi. Di samping itu, para pelanggan juga sering kena tipu apabila membeli sesuatu barangan, seperti buah durian, cempedak, tembikai, dan lain-lain. Kerapkali kita dapati barang itu tidak sebaik yang kita inginkan, walaupun semasa kita membeli, kita diberi berbagai jaminan yang sangat meyakinkan. Perkara-perkara seperti ini berlaku dengan berleluasa, ia dilakukan dengan cara yang teliti dan berperancangan sehingga sukar dikesan atau dibawa ke mahkamah. Justeru itu, walaupun hukuman berat boleh dijatuhkan, tetapi penjenayah kolar putih masih berlaku dengan berleluasa. Dalam keadaan seperti ini, Islam menentukan supaya setiap orang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan haruslah mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan, sebelum mereka menceburkan diri dalam hal itu.

ETIKA ALAM SEKITAR
Etika alam sekitar ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud bagi menjustifikasikan tindakan manusia ke atas alam sekitar. Dengan berdasarkan ini, sesuatu tindakan manusia ke atas alam sekitar boleh dikategorikan sebagai tindakan yang baik atau buruk. Sesuatu sistem nilai tentang alam sekitar yang diterima oleh sesebuah masyarakat boleh diaplikasikan sebagai kod etika atau garis panduan moral kepada setiap anggota masyarakat, malah dapat berkembang menjadi perundangan dan polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan ekologi.
Alam sekitar merupakan salah satu unsur alam tabii ciptaan Allah S.W.T. Sistem alam sekitar mempunyai ciri-ciri seperti imbangan, keseimbangan, segar, indah dan kudus. Alam sekitar juga merupakan buku ilmu pengetahuan yang sangat berguna dan bermanfaat kepada manusia. Menerusi alam sekitar, manusia mengetahui dan mempergunakan disiplin-disiplin zoologi, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, hidraulik dan sebagainya. Setelah mengetahui manfaat alam sekitar kepada manusia, kewujudan dan konsep manusia untuk memahami konsep Islam terhadap terhadap alam sekitar.
Manakala Ekologi adalah ilmu yang menerangkan hubungan antara organisma (haiwan dan tumbuhan) dengan alam sekitar tempat organisma tersebut hidup. Istilah ekologi ini buat kali pertamanya telah digunakan oleh seorang ahli biologi Jerman, iaitu Ernest Haekal, dalam tahun 1869. Perkataan ekologi berasal daripada bahasa greek, ‘oikos’ yang bererti rumah dan logos yang bererti ilmu. Ekologi adalah bidang ilmu yang mengkaji tentang makhluk hidup di tempat hidupnya. Ekologi juga dapat diertikan sebagai sebagai suatu ilmu yang mengkaji struktur dan fungsi alam dan manusia sebahagian daripada alam.
Prinsip-Prinsip Etika Alam Sekitar Masa Kini
Pertikaian tentang prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar masih berlarutan di kalangan para pengkaji Etika Alam Sekitar. Di antara pertikaian tersebut ialah yang berhubung dengan kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tersebut. Adakah kecenderungan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar itu menjurus kepada pandangan antroposentrik, biosentrik, ekosentrik atau teknosentrik? Persoalan ini terus menjadi topik perbahasan di kalangan para pengkaji.

a)      Pandangan antroposentrik
Antroposentrik membawa maksud faktor kemanusiaan adalah matlamat terakhir kepada keseluruhan yang berlaku di alam ini. Menurut pandangan antroposentrik, pengutamaan kepentingan manusia dalam etika alam sekitar secara tidak langsung memenuhi kepentingan komponen-komponen alam sekitar yang lain. Ini sejajar dengan krisis alam sekitar yang berlaku zaman ini adalah akibat aktiviti kemanusiaan. Oleh itu, golongan antroposentrik berpendapat adalah wajar faktor kemanusiaan dijadikan fokus di dalam pembentukan sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar. Menurut mereka lagi, tanpa meletakkan faktor kemanusiaan sebagai fokus, sesuatu sistem nilai yang berkait dengan Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat diaplikasikan dalam realiti kehidupan manusia khususnya pada masa kini.

b) Pandangan biosentrik
Pandangan biosentrik memperluaskan ruang lingkup kepentingan meliputi keseluruhan kehidupan yang terdiri daripada manusia, bumi, tujuan kehidupan dan taraf kedudukan makhluk yang sama. Oleh yang demikian, golongan biosentrik menyatakan setiap kehidupan mempunyai hak asasi masing-masing bagi survival mereka. Oleh sebab itu, manusia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mencerobohi hak asasi kehidupan yang lain semata-mata bagi memenuhi kesenangan mereka.

c) Pandangan ekosentrik
Golongan ekosentrik meletakkan keseimbangan ekosistem sebagai matlamat kepada aktiviti-aktiviti kehidupan. Prinsip-prinsip ekosentrik menggambarkan manusia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang tertakluk kepada hukum ekosistem semulajadi. Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi ini mengganggu keseimbangan ekosistem keseluruhannya. Oleh sebab itu, kepentingan bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem adalah lebih perlu diutamakan daripada sekadar memenuhi hak-hak seluruh kehidupan sebagaimana pandangan biosentrik. Terdapat persamaan antara pandangan ekosentrik dan biosentrik daripada aspek nilai fitrah yang wujud dalam alam sekitar semula jadi atau nilai intrinsik.

d) Pandangan teknosentrik
Pandangan teknosentrik memberi penekanan kepada potensi manusia melalui sains dan teknologi bagi terus membangun tanpa menjejaskan alam sekitar. Para pendokong teknosentrik dapat dianggap sebagai golongan optimis yang berkeyakinan masalah alam sekitar ini dapat diatasi melalui pengurusan dan pengawalan alam sekitar yang teratur. Penghasilan dan penggunaan teknologi yang cekap lagi sesuai dikatakan dapat mengharmonikan alam sekitar dan pembangunan.

Pendekatan bagi merealisasikan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:
Penerapan prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar kerana ia memerlukan interaksi manusia dengan alam sekitar, memberi dorongan kepada manusia bagi memulihara alam sekitar, menyediakan garis panduan alternatif bagi aktiviti kehidupan manusia dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul berkait dengan sistem nilai Etika Alam Sekitar. Prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar tidak mungkin dapat direalisasikan sekiranya diterapkan kepada seseorang atau sesebuah masyarakat yang tidak mempercayai kebenaran dan kebaikannya. Justeru beberapa pendekatan diperlukan dalam mengarapkan pengaplikasian prinsip-prinsip Etika Alam Sekitar iaitu:
·         Kesatuan
Kesatuan bermaksud menyatukan kepercayaan dan kefahaman yang berkait dengan alam sekitar dalam kehidupan manusia. Penyatuan ini akan membawa kepada keharmonian antara aktiviti kemanusiaan dengan alam sekitar.
·         Kemanusiaan
Kemanusiaan pula mengajak manusia supaya berkongsi hidup dengan semua kehidupan masa kini dan masa hadapan khususnya di dalam penggunaan sumber-sumber keperluan hidup secara adil.
·         Keazaman
Keazaman untuk membanteras pencemaran dan menjamin kualiti alam sekitar agar sentiasa terpelihara.
·         Pertimbangan
Pertimbangan pula adalah merujuk kepada pilihan yang paling tepat dengan kepentingan alam sekitar di dalam memilih dua matlamat yang mempunyai nilai yang bertentangan.


2 comments:

  1. cabaran dalam perkhidmatan awam boleh tak senaraikan?

    ReplyDelete
  2. WynnBET Connecticut casino sign up offer, no deposit bonus
    The 공주 출장안마 WynnBET Connecticut casino 김포 출장마사지 sign 강원도 출장안마 up offer in Connecticut, is a five-minute drive from Foxwoods 익산 출장마사지 Resort Casino and 춘천 출장안마 Casino,

    ReplyDelete